Mari kita bercerita tentang cuti ke pulau. Saya telah pergi ke pulau coklat iaitu Langkawi. Hanya dua perkara yang saya suka tentang Langkawi, boleh beli coklat dengan harga lebih murah dan tengok sunset. Yang bestnya hotel saya hanya 100 meter dari Pantai Cenang, yayy!
Perjalanan bermula pada pukul 10 malam. Tapi saya hanya tidur kurang sejam sepanjang perjalanan.
Ini muka sembab berhenti makan Maggi di R&R pukul 3 pagi.
Tengah hari, takde la tengah hari pun. Baru pukul 11 pagi tapi rasa macam dah pukul 2 petang je. Matahari terik tak bagi peluang untuk berjalan-jalan.
Balik hotel dan berjalan di pantai. Yayy! Dah boleh berjalan dengan senang hati sebab dah tak panas terik lagi
Sunset yang romantik =)
Boleh jalan puas-puas tanpa perlu takut kena sunburn
Berjalan di Mali Walk pada waktu malam yang dingin
Esoknya,bangun awal-awal, menggeliat-geliat, mandi-mandi, siap-siap kemudian berjalan-jalan lagi. Pergi ke Permandangan Indah sebab terpedaya dengan nama tapi indah la sangat bila nampai airport dan flight landing. Kemudian ke err.. Porto Malai kot nama tempat ni. Banyak kapal layar.. ini lebih indah daripada di Permandangan Indah.
Panas sangat tapi cantik. Blending in la color dia
Sementara tunggu family merayau-rayau, ayuh kita camwhore dulu di tangga
Pergi ke Laman Padi pada pukul 6 petang. Takde yang menarik kecuali dapat berjalan di petak sawah kali pertama dalam hidup.
Baibai Langkawi.. saya gembira mahu pulang =D
No comments:
Post a Comment