Monday, December 13, 2010

Buat Semua Blogger, Followers dan Readers!

Hey hey hey! =)

Kita sesama blogger kan saling memerlukan. Kali ni I really need your help untuk undi blog ni kat sini. Blog inipelangi.blogspot ni ada kat kategori Blog Baru (2010) Pilihan - 9 nombor 333. Haa.. nombor pun dah cantik kan hehe =)

Tolong undi tau! Dapat pahala kan hehe. Kita tolong, orang tolong kita pulak. Korang undi, aku undi korang pulak. Kita sama-sama bantu satu sama lain, sama-sama dapat manfaat. Haa.. bagus kan idea tu. Jadi kepada calon-calon yang lain, marilah kita sama-sama undi satu sama lain.

Korang kena undi sebab korang blogger, followers and readers yang cool! hehe. Aku akan jadi blogger yang cool untuk korang

U vote for me, I vote for u! Ececeh, wat slogan ke ape ni haha

Wednesday, December 8, 2010

Kiteww Mude Lagi

Hello guys! =)

So here I am, Lya Liyana, a newbie blogger. Takdelah newbie sangat kot, dah hampir separuh tahun menjadi blogger. Blog ni lahir pada 13 April 2010. Ni lah entry sulung blog inipelangi ni. Napa nama ini pelangi? Sebab saya tulis banyak cerita yang banyak warna dalam kehidupan ni. Pandai dah ni tersurat tersirat ni.

Bila dah jadi blogger, kenalah selalu tegur-tegur blogger senior. Jangan nak wat sombong kau sorang je kan. Nak naikkan nama blog pun kenalah pandai bergaul dengan blogger-blogger yang lain.

Sempena dah nak habis tahun ni dan tahun depan akan muncul lagi blogger-blogger baru, saya sebagai blogger baru tahun ni nak say haiiiii kat semua blogger hehe =)

Marilah kita sokong dunia blog Malaysia. Cehhhh! Ayat nak power je kau kan haha.

Kalau nak kenal-kenal dengan bloggers lain yang blognya lahir tahun ni jugak, boleh pergi ke blog http://blogpilihanmalaysia.blogspot.com/

Monday, December 6, 2010

Lelaki Pembawa, Perempuan Jadi Mangsa

These past days banyak keluar iklan pasal kanser serviks. Remaja 13 tahun amatlah beruntung sebab dapat immune injection secara FREE. What I've been doubting now is why only 13 years old girls get this speciality? Adakah sebab budak at this age sekarang sudah mula terlibat dalam seks? Oh yes, talking about it. Girls who had sex in young age adalah lebih berisiko untuk mendapat kanser ni. So young girls yang belum kahwin, elakkan seks sebelum waktunya ok. Korang nak fikir enjoy ke fikir sayang ke tak kat diri sendiri.

Banyak lagi info pasal ni, you can just google by yourself ok. Tapi yang aku still tak puas hati, nape budak umur 13 tahun je yang dapat penvaksinan tu? Ish! Tak adil gila. Apa kau ingat budak 13 tahun je ke ada risiko? Nak tipu la cakap umur baru 13 tahun huhu =(

Wednesday, December 1, 2010

Susah sekarang atau susah nanti?

Aku dapat offer form UiTM dan SPA sekali gus. Mak aih.. tetibe murah rezeki haa ambik kau sekali dapat due offers sampai dah buntu dan hampir sesat tak tahu nak pilih yang mana.

Kalau korang, korang pilih UiTM yang harus pinjam PTPTN untuk taknak susahkan parents, course yang subjects dia senang je takde pening kepala sangat dan nanti terhegeh-hegeh nak cari kerja pegi interview sana sini

ATAU

Pilih SPA, harus belajar kimia yang OMG! saya sangat tak suke + saya rasa susah sangat nak paham sampai nak hantuk kepala kat test tube + saya rasa blank gile bila nak samakan equation tu = saya rasa memang tak mampu nak carry ( bawak di belakang basikal) langsung sebab asalnya minat dah hilang TAPI kerja DIJAMIN memang adoo dan dapat monthly elaun free je u olls

Korang pilih mane? Help me PLISHHH!!! =(

Wednesday, November 24, 2010

Facebook = Perosak Hubungan

Facebook banyak menimbulkan masalah sebenarnya if and only IF orang salah guna.
Mostly for couples, flirting tu la masalahnye. Sometimes it started by finding an old friend. Konon-konon mula-mula nak tanya khabar jelah, nak hai hai jelah, nak keep in touch jelah pastu jadi keep in the heart terus bila dah mula bukak cerita itu ini semua.

Social network bukanlah ada Facebook je. Ada Myspace, Friendster, Hi5, Tagged, Google Buzz dan banyak lagi la cuma popular dengan tak je. Koraang perasan tak each and every one of it lain? LOL! Memang la lain, function lain, ciri lain. Lain dari segi how and what people use it for. Ok, for example Mysspace. Kat situ selalunya orang buat profile as for my own space la kan and untuk blogshop. Friendster pulak untuk buat group. Selalunya budak-budak sekolah SBP akan ada FS ni. Tagged pulak ramai orang GILA SEKS. Haa.. siap bold dan merahkan lagi tu. Aku memang tak faham kenapa kat situ ramai je yang tetibe hantar mesej *jom webcam malam ni..i sangap la* or *u cantiklah, solid.. i minat.. malam ni jom* pfft! what's this?

Lelaki dan perempuan yang DAH ADA pasangan yang baik, tak mengabaikan korang, menjaga hati dan perasaan korang dengan sebaiknya, tolonglah jangan suka-suka nak flirt kat belakang. Kalau memang betul korang nak kat orang yang korang duk flirt kat FB tu, cakap je terus terang. Perasaanya takdelah sakit macam mana kalau korang curang kat belakang.

Fikir baik-baik sebelum flirt.. jangan nak rosakkan hubungan korang! =)

Tuesday, November 16, 2010

Moo!

I just wanna wish u all Happy Aidil Adha! Walaupun tak terasa apa-apa but sure for untuk orang-orang Kelantan dan Terengganu, memang meriah gila kan. Makan daging jangan tak beringat, nanti gomok hehe!

Sunday, October 31, 2010

Weekdays Blast

Weekdays memang saya takde buat apa-apa sebab half of the day dah spend kat sekolah. My weekdays start at 6am which kena bangun untuk mandi dan solat. Kena bangun pagi walaupun sekolah start pukul 8 a.m. habis sekolah pukul 5.15 p.m dan pukul 5.30 p.m barulah saya sampai ke rumah.

Mostly weekend saya keluar dengan family sebab weekdays dah penat untuk buat apa-apa. Bila weekend je mula la rasa eh, nak makan benda tu la. Lepas tu minggu depan nak makan ni pulak. Jadi untuk memuaskan hati sendiri, eh bukan, untuk memuaskan perut sendiri, hari Ahad saya akan masak apa yang saya teringin nak makan.

Hari tu masak piza. Piza saya gemok! hehe tapi sedap!

Dan chocolate chips muffins. Beria bake tapi makan 1 je haha

How's your weekdays go on?

Besok dah sekolah balik.. huhu tanak!

Thursday, October 21, 2010

Update Masa Demam

Hello! Sekarang tengah demam, having flu and bad sore throat since Monday. Ni sebab jangkit from my classmates yang dah demam since last week. So this is my mc day entry!

Sabtu lepas pergi Jalan TAR and also the famous Sogo. Eh, famous ke? Nape dulu when my form 4 classmate tanya where I bought my pencil case, and I answered Sogo, she asked me where it is? tsk

Bila dah go here and there, perut pun lapar so I grab all time favourite Hot n Roll. Masa tengah tunggu order, saya nampak these marshmallow. Will u eat these? haha

Fried egg shape.. Sanggup lagi makan ni. Comel jugak kan hehe

Euww! Worms! Sangup tak sanggup tak? Sumpah geli especially tengok badan dia warna warni camtu

Errr.. will u eat teeth? haha. Ni pulak dracula teeth. Nasib baik takde kesan darah kat gigi tu kan. Pada sesiapa yang nak buat halloween party, bolehlah borong marshmallow ni kat Sogo food level, kedai sebelah Hot n Roll ye

Saya tengah batuk jugak sebenarnya tapi masa pergi klinik semalam, saje je cakap tak hehe. Sebab saya memang tak suka makan ubat batuk, walaupun ada yang suggest take the pills. Bangun pagi tadi, terus sakit tekak. Rasa perit tu takyah cakap la kan. Terus grab that thymol mouthwash and terus lega sikit. Gonna use it again today. Kalau makan strepsils tu, jangan harap la nak ok walaupun dah habis 2 paket. Kalau korang nak kelegaan yang cepat, saya suggest ambiklah thymol mouthwash ni =))

Have a nice day!

Monday, October 4, 2010

Simple Yet Sweet

Kadang-kadang kita tengok orang tu pakai biasa-biasa je tapi nampak cantik. Makeup pun natural je tapi suka pulak kita tengok. Haa.. jangan nak cakap orang tu pakai susuk ke apa. Mentang-mentanglah masa raya telah disajikan dengan cite susuk kan sampai korang pun muak asyik-asyik cite hantu je masa raya. Tak perlu baju glamer-glamer pun boleh nampak attractive. Nak tau camne?

Mula-mula korang kena tau warna apa yang sesuai ngan kulit korang. Kalau orang yang putih warna apa-apa pun sesuai je. Kalau yang kulit tan ataupun gelap tu, pakailah warna yang terang sikit. Janganlah pakai warna hitam. Nanti orang cakap eh, mane satu kulit mane satu baju ni ataupun eh, baju tu bergerak sendiri la takde orang pakai. Haa... mesti taknak orang cakap camtu kan. pakai warna pastel pun ok, barulah nampak sweet

Pastu tengok pulak saiz dan bentuk badan. Kalau yang badan kecik sesuai pakai apa-apa je tapi janganlah pulak pakai baju yang loose sangat. Nanti nampak cam korang pinjam baju orang lain pulak. Yang badan besar tu janganlah pilih baju yang ada corak serabut alam, pastu bunga besar-besar kalah raflesia lak kan. nanti dia akan nampakkan korang lagi besar.

Pilihlah warna yang paling sesuai dengan warna kulit korang dan design baju yang sesuai. U should know what your best colour is =) macam aku, warna light brown, gold, yellow and orange.

Kalau baju plain, pilihlah tudung atau shawl yang ada corak. Barulah nanti ada point of attraction. Aku pilih kebaya warna oren dengan rainbow shawl tapi janganlah pulak warna shawl tu takde kena mengena langsung ngan warna baju korang.

Ni lagi satu common mistake yang aku tengok orang selalu buat. Brooch kat atas kepala janganlah pakai yang besar gaban tu. Seriously korang akan nampak pelik. It’s not a trend ok. Jangan pandai-pandai nak cakap nanti boleh jadi trend. Ni ada nak kena papp papp ni. Letak je jarum peniti, takyah nak beria tunjuk brooch mahal yang beli 3 kali bayar ngan makcik bedah belakang rumah tu. Letak kat bahu pun orang dah boleh nampak dah.

Happy dressing up you guys! =)

p/s: pada sesiapa yang mahu exchange link, boleh tinggalkan komen kat entry ni tapi make sure link blog saya ada kat blog korang before tinggalkan komen

Saturday, September 18, 2010

Raya Raya!

Pejam celik pejam celik, kelip mata kelip mata dah seminggu pun raya. Sekejap gila rasa raya meninggalkan kita. Tak macam puasa. Sebulan puasa, sebulan jugak lah rasa berpuasa. Tapi bila raya, raya pertama pun tak rasa meriah sangat. Dah lah sehari sebelum raya baru cuti. Pastu busy gila siapkan baju and beadings sampai badan dah naik lemau-lemau macam kerepek raya. Eh tak. Kerepek raya rumah saya tak lemau lagi. Tahun ni mak dan abah masak rendang, ketupat dan kuah kacang dan beli lemang tapi saya begitu leka melayan mata dan badan yang penat sampai hanya sempat merasa sikit je T_T tahun lepas bila raya kat Johor kau bising-bising takde lemang semua, bila ada kau tak pandang.. tsk tsk taaaaaaaaaapi dapat makan nasik dagang yang tok buat. Memang syiok lah! Walaupun tak dapat tambah sebab dah habis huhu.. tok.. tahun depan buat periuk yang lagi besar pelish pelishhhh... abah bila nak buat lontong ni. Lontong kat rumah orang lain tak umphh macam abah buat

Ingat tua-tua begini, berada di tahun terakhir umur belasan-an dah tak dapat duit raya tapi dapat lagi rupanya hehe. Tak tahulah kalau mereka bagi sebab adik-adik masih kecil dan mereka takut saya menangis tak dapat duit raya haha. Terima kasihlah semua pengsponsor duit raya tahun ni. Semoga murah rezeki, tahun depan bagi lagi hikhik =)

Tema tahun ni gold karer. Semua guna kain yang sama. Mak beli sekayu kat Nilai dulu haha. Baju je warna emas tapi takde maknanya kau nak dapat rantai emas baru haha. Taknak bodek-bodek pun. Tak suka pun barang emas.

Sebelum mengakhiri entri ni, saya nak share impian raya saya. Saya teringin sangat nak beraya dalam suasana yamg memang kampung betul-betul, rumah kayu yang ada tiang rumah tu, pasang lampu raya satu rumah, sedara semua berkumpul sampai penuh rumah, main mercun dan bunga api sama-sama dan beraya sama-sama sampai meriah. Memang best gila la weh!

Kalau nak bagi duit raya belum terlambat lagi ni heheee =D

Tuesday, August 31, 2010

Cantik Itu Kamu Contest for U

Saya suka gambar ni sebab background ni. Apa kau ingat senang nak dapat gambar sunset camni haha.

Gambar ini sebenarnya untuk contest anjuran mawarpink. Syaratnya mudah je, hanya perlu jadi follower dan buat satu entry dan letak satu gambar yang korang rasa cantik.

More details boleh pergi ke
Powered by BannerFans.com

Monday, August 30, 2010

Puasa, Fizz Fairuz dan Jalan TAR

Dah hari yang ke 21 puasa baru terhegeh-hegeh nak update pasal puasa. So far puasa tahun ni ok je tak banyak dugaan kecuali dugaan diserang gastrik sebanyak 2 kali dan dugaan bershopping. Ala, pompuan biasa la kan hehe. Aim berat badan nak turun dah berjaya tapi aim pipi nak kurus bila ni weh akan tercapai? T_____T

Antara makanan yang saya suka masa berbuka puasa tapi err.. rasanya bukan bulan puasa pun bedal je hehe

Baked makaroni yang harga tetap maintain =))

Cekodok jagung yang abah buat tapi masa ni tak bape sedap sebab jagung dah tua kertu huhu

Ni pulak nasi goreng ayam. Nak tau tak kat mana? Nak tak nak tak? Annoying sungguh kan cepat jelah bagitau..

Jeng jeng jeng...

Restoran Nur Kasih kepunyaan Fizz Fairuz. Makanan kat sini biasa-biasa je. Menu special nasi goreng nur kasih. Bolehlah peminat dia datang kan kan

Orang jual baju melayu tak menang tangan layan customer. Ni hari sabtu lepas kat wisma yakin masa beli baju untuk adik aku

Korang tengok ni, tengok ni. Jalan Masjid India penuh taw. Ni belum lagi kat Jalan TAR. Lautan manusia yang sedang bershopping raya

Ni dia Gold Man. Aku rasa dia ni selalu ada kat area Bukit Bintang je. Amboi kau ye.. Mentang-mentang ramai orang shopping kat sini, pandia je kau datang cari duit kat sini kan. Kalau nak bergambar, sorang bayar 3 hengget. Kaya jugak mamat ni nanti nak tunggu sampai habis puasa

Ni lak kawan dia, Silver Man, yang kecik sikit. Aku duk la lalu lalang depan dia, pandang muka dia tapi dia wat dekk je. Aish mamat ni, hentak kang baru bergerak kot haha. Korang nampak tak tong kuning depan dia tu? Haa.. dalam tong tu la orang isi duit kalau nak bergambar dengan dia. Korang rasa kalau aku ambik tong tu bawak lari dia kejar aku tak? haha

Sebab dah nak dekat waktu berbuka masa turun tren, terus je cari kedai paling dekat untuk berbuka. Ni je yang aku rasa cam best kat kedai tu. Nasi kukus, ayam goreng berempah yang tak bape nak banyak rempah dan begedel ayam. Nasi kukus dia best sebab tak lembik dan keras sangat. Rate 3 over 5 la hehe

Sunday, August 29, 2010

Saya Mahu Template Comel !

Sekarang susah betul nak cari template huhu. Siapa yang tak suka template yang comel kan, kan? aku suka template warna PINK, simple, dan comel! Suka sangat hehe. Aku memang cemburu la tapi bukan cemburu buta tu tau ngan orang yang pandai design template sendiri ni. Bila kita boleh design sendiri, senang la nak buat camne pun yang kita nak.

Hari tu tetibe terjumpa la contest ni. Bila pergi kat blog dia, terus jatuh hati kat template dia. Comel sangat! Saya nak template dia!!!!

http://kozumi.sepaku.net/wp-content/uploads/2010/08/contest-blog-budak-nakal.png

Blog Budak Nakal Akan mengadakan contest " Contest Saya Mahu Template COmel ! ! ! " di mana pada para pemenang akan mendapat hadiah istimewa khas dari pemilik blog Budak Nakal iaitu kozumi_ro.Cara menyertai contest ini amat mudah kerana para peserta hanya perlu copy dan paste Entry yang telah di sediakan.Untuk Maklumat lanjut tentang contest ini anda boleh mendapat keterangan di sini:-

Read more: " Contest Saya Mahu Template COmel ! ! ! "
Under Creative Commons License: Attribution

Tuesday, August 10, 2010

Puasa Yayyayy!

Tak lama lagi dah nak puasa jadi kesempatan yang ada ni mari kita nikmati keenakan makanan sepuas-puasnya agar tak terliur masa puasa nanti hehe. Saya memang cerewet bab makan tapi saya tak cerewet timing makan. Kalau pagi dah makan kenyang-kenyang, selalunya saya tak lunch atau sekadar makan ringan-ringan je waktu lunch dan malam pulak ikut permintaan perut la.

Selalunya kalau duduk kat rumah tak kisah pun makan ke tak sebab tak banyak guna energy tapi bila dah mula sekolah, saya rasa mesti harus perlu makan. Nak-nak lagi dah nak dekat puasa ni kan nanti dah tak dapat makan waktu siang jadi sekarang saya nak nikmati karipap setiap pagi. Saya SANGAT suka karipap! Tapi susah nak jumpa karipap yang best.

Masa kecik-kecik dulu abah akan belikan karipap 4 seringgit untuk saya bawak bekal. Karipap sardin pulak tu. Lovey dovey! Jumaat minggu lepas saya pergi satu kedai yang ada jual karipap sardin tapi baru saya nak ambik, dah ada orang borong semua wuwuwu =( tak dapat saya beli. Cuma dapat beli karipap kentang dan karipap tu BEST jadi dapatlah mengubat kekecewaan saya. Saya azam before puasa ni nak jugak merasa karipap sardin tu huhu.

Saya tak kisah sangat puasa sebenarnya sebab dah selalu tak makan. Konon lah kan padahal bila datang masa lapar dia tu laju je haha

Dengan ini saya, penyimpan barang-barang pink haha tetibe ingin mengucapkan selamat menyambut ramadhan yang penuh indah ini. Nikmatilah ramadan dengan penuh keberkatan.. Aim nak puasa penuh tapi sila jangan mimpi akan tercapai haha

Monday, August 9, 2010

Saya Cinta Pink!

Saya dan pink memang dah tak asing lagi. Kalau boleh semua barang pun nak warna pink. Gambar ni hanya edit secara suka-suka kemudian saya terjumpa contest I love Pink oleh Pink Girl Talk jadi saya saja join memandangkan gambar dah ada. Saya suka katun-katun jadi saya saja tambah smiley yang comel lote tu. Kalaulah mereka semua hidup, dah lama saya adopt jadi pet kesayangan hehe.

Saya dah jadi follower blog Pink Girl Talk juga

Friday, July 30, 2010

Jangan Cepat Panggil Kawan

Ok, aku silap. Aku fikir kat tempat baru orang semua baik-baik, hati baik, tolong ikhlas, gelak sama-sama pun ikhlas, bergurau ikhlas, senyum ikhlas, berkenalan dengan ikhlas tapi aku salah. Baru-baru lagi semua baik je kan, dah minggu ketiga pun baik lagi. Awal-awal minggu keempat pun baik lagi. Tengah-tengah minggu keempat, pandai kau tunjuk perangai sebenar kan.

Silap aku panggil kau kawan. Kau tak layak untuk dipanggil kawan. Tapi apasal muka kau tak malu kan. lepas kutuk-kutuk tak puas hati bila aku cakap pasal baju. Relax la minah, orang gurau-gurau nak sentap macam memang malu je dah buat salah.

Lepas dah kutuk aku macam-macam, tak berani cakap depan lak tu, boleh pulak dengan tak malu nak bluetooth video yang aku record atas inisiatif untuk fahamkan apa cikgu ajar. Serious aku rasa perempuan ni macam muka mangkuk tandas bila buat camtu. Dia fikir aku tak dengar kot apa dia kutuk padahal kutuk betul-betul depan aku nak buat aku terasa.

Mainan psikologi la kau ye. Esoknya kau ajak adik kau join sekali jadi sarcastic. Pandai-pandai. Memang pandai la kau buat aku rasa down. Lya, jangan bodoh please. Jangan tolong orang camtu lagi. Ni mengingatkan aku pada minah-minah clubbing kat kolej dulu yang bila tegur sikit dah melenting gila. Nak cakap kau budak bandar yang selalu pergi clubbing, rasanya tak. Agaknya mungkin sebab dah layan gangster-gangster pekerja bukit kot jadi camtu. Culture shock kot.

Aku pun memang dah tak nak mengadap muka kau lah. Jangan bagi alasan kau tengah period jadi hormon sawan kau datang. Aku pun period jugak tapi takde pun macam tu. Hello! Period takde mood je ok, takde buat kau sampai mengadu & kutuk-kutuk kat kawan kau.

Sekali aku dah tahu hati kau busuk macam shaitanirrajim, aku memang akan avoid kau. Tadi aku rasa perempuan ni macam gila je gelak-gelak aku lintas jalan kat zebra crossing masa trafic light untuk kereta tengah merah. Apa yang lawaknya aku pun tak tahu. Aku tengok dia je yang macam lawak gelak-gelak takde sebab haha.

Sebab aku tau mulut dia kwanghaja gila jadi aku sabar jelah. Lagipun MSH selalu pesan banyak-bnyak sabar. Dengar jugak aku dengan kata dia akhirnya =))

Sudah ku bilang memanggil seseorang itu sebagai kawan, susah tapi kenapa kau panggil juga lya? Lepas ni jangan dicari lagi masalah dengan memanggil orang yang baru kau kenal sebagai kawan

Aku mahu kawan macam ni ramai-ramai =)

Saturday, July 10, 2010

Belajar bukan Tukang Kebun

My school’s suck! Tu je yang aku fikir. Tolonglah hire gardeners or cleaners. Tak ramai, sorang pun jadi la. Ni orang yang nak belajar lak terpaksa jadi KULI untuk clean all up. Setakat nak bersihkan sampah yang kita buat takpe jugak kan. Ni nak kena kutip daun kering, buang sampah kat tempat banyak kera, letak baja tahi kambing ke apa entah yang busuk gila. Aku letak je 1 pokok 1 genggam baja hahaha. Biar mati cepat-cepat semua pokok kat situ. Aku bukannya KULI kau pun nak buat semua tu. Sedangkan kuli pun berbayar. Ni memang tengah sakit hati ni. Sedap-sedap guna tenaga aku untuk cantikkan tempat yang memang dasar dah takkan jadi cantik pun. Kalau nak buat holloween party yang scary gila je memang sesuai.

Tuesday, June 29, 2010

Nak Kahwin

Tiba-tiba terasa seperti sweet je biru ni. Memandangkan lelaki tak suka pink dan nanti kalau saya beria-ria mahukan warna pink, saya sorang je yang gembira lebih. Tak adil bukan. Jadi lepas menggoogle, jumpalah saya dengan barang-barang warna biru ini. Tak tahulah ini biru apa, light blue mungkin. Tapi saya pasti susah untuk cari baju warna ni memandangkan ianya memang limited dan susahlah. Pokoknya memang susahlah. Saya suka la dengan semua gambar ini. Ini entry edisi apa? Gatal nak kahwin? Haha. Memang pun hihi =p takde la, saya cuma menggoogle-google googlie bear. Saya kan minat art. Sila faham. Saya stalk art. Sila jangan ada perasaan perasan lebih-lebih saya stalk kamu. Nanti termalu sendiri saya tak tau hahahahaha. Biar nak gelak macam kejam.

Layann. . .

Dari warna header katil, cadar dan deco bilik, semua saya suka suka !

Biar bekas takde salut emas karat-karat pun takpe

AH! Pelamin ni best gila! Macam dalam fantasy land lagi. Actually ni pelamin bekas adik ipar Nora Danish. Saya NAK!!

Baju pengantin light blue camni susah nak cari. Eksklusif lagi warna ni. I like!

Friday, June 25, 2010

Kawan Baik

Semalam aku dapat satu mesej. Mesej dia camni :

Sila pilih satu jawapan. Dalam hati awak, saya adalah warna

1. Biru

2. Merah

3. Pink

4. Hijau

5. Jingga

6. Hitam

7. Coklat

Sila balas untuk dapat jawapan

Aku sebenarnya nak je reply tulis warna pelangi. Memang benci gila mesej-mesej camni. Aku memang tak reply mesej-mesej bodoh begini. Macam tilik nasib pulak. Tilik nasib orang cakap haram. Tilik mesej tak haram ke? Nanti dah la jawapan takde kena mengena pun lepas tu aku memang takde sahabat sejati sehidup semati ke apa. Nanti tak pasal-pasal perasan pulak kalau terkena jawapan yang best. Kalau jawapan yang tak best xpe haha. Kalau kawan yang rapat mengalahkan kerang dengan kulit kerang, tidur sebantal, dah sebantal mesti sekatil dan setilam kecuali yang tidur atas lantai tu, tapi tak boleh seselimut tau sebab HARAM ye kawan-kawan walaupun sama jantina. Kalau rapat macam tu belum tentu dia takde umpat kat belakang kan. Jadi aku memang tak percaya dengan orang. Aku anggap kawan je, takde lebih-lebih kawan sejati ke apa.

Aku memang tak minat nak ada kawan baik ni sebabnya aku memang tak percaya orang, curious je memanjang. Ah, peduli apa aku nak curious ke apa kan. Lepas tu, adat manusia la memang suka dengki mendengki ni. Nanti ada je yang dia umpat. Setakat umpat tu boleh terima lagi tapi kalau dah main bomoh-bomoh ni memang dah melampau la kan. ada yang depan kita, dia la yang paling baik tapi bila kat belakang, dia lagi teruk daripada makhluk yang kita panggil shaitonn. Ada pulak yang bila kita ada masalah, nak cerita kat dia, mintak nasihat segala tapi dia respon oh, yeke, entah la, aku tak tau la nak cakap apa. Masa dia ada masalah, sibuk-sibuk, hegeh-hegeh cari dan mesej kita pulak. Bila kita respon macam dia buat, sentap pulak.

Lagi satu perangai budak-budak sekarang ni suka sangat main chain message. Ala, yang forward-forward mesej tu. Dulu sebelum aku tukar nombor, tiap-tiap hari dapat. Kalau sebulan sekali ke seminggu sekali setahun sekali ke takpe jugak. Mahu tak gila kau masa tu dapat tiap-tiap hari. Ayat last mesej tu punya lah power. Contoh ayat yang selalu digunakan untuk buat orang selalu orang forward mesej tu adalah jikalau anda tak forward ke 10 orang rakan, besok anda akan mati. Haa.. cuak-cuak. Baik forward cepat-cepat kat semua nombor yang ada dalam handphone dengan harapan umur panjang berganda-ganda. Nak-nak lagi yang pakat hantar ni semua budak kelas. Memang berduyun-duyun mesej ni terjah masuk dalam handphone. Mereng kejap kepala nak layan benda alah ni. Tu sebabnya aku benci gila dengan chain message ni. Ada ke patut letak nyawa kat mesej. Tak percaya pada Allah ke apa. Kang cakap, sentap pulak. Nak-nak lagi dengan aku yang outspoken ni kalau dah tak tahan sangat tapi terpaksa jugak tahan. Nanti jadi bahan umpatan di pasar-pasar jual ketupat pulak. Nak cakap lapik-lapik, tak faham pulak. Kena pulak explain. Kalau setakat dua tiga orang takpe, ni nak explain kat satu kelas. Agak-agak kalau record je lepas tu pasang masa perhimpunan sekolah boleh tak? Hee =D style kan haha. Jadi, aku pun tukar lah nombor telefon. Sungguh aman bila takde lagi mesej merepek merapu meraban aku dapat.

Ada satu hari tu masa aku tengah meronda-ronda di seantero internet, tiba-tiba ternampak pulak orang duk sebut-sebut nama aku. Yang cakap tu pulak aku kenal. Aih.. kena bagi perhatian ni. Aku pun tegur jelah. Yang tak boleh blahnya cakap nak cari aku sampai jumpa, sampai liang lahad. Ehh, tak. Lubang cacing je hehe. Walaupun badan aku kecil tapi tak muat rasanya nak tumpang lubang cacing jap. Ikhlasnya la nak cari aku konon-kononnya padahal dalam hati ada shaiton. Ops! Haha. Hakikat kawan-kawan. Tak usah menuduh kalau tak kenal, tak usah keji kalay tak tahu.

Aku memang tak berminat langsung untuk keep in touch dengan bekas-bekas budak sekolah aku. Kalau aku mahu, aku akan add dan approve. Nak kata aku sombong, terpulang. Sekurang-kurangnya aku tak hipokrit. Berkawan di depan, bermusuh di belakang, membenci di dalam hati. Korang bukan baik pun untuk aku kenang.. ewahh.. haha. Apatah lagi mahu keep in touch. Kalau iPod touch takpe la jugak ngaa~ haha. Pada korang sendiri pun aku tak baik kan jadi tak perlu tambah dosa.

Aku cuma rasa aman bersekolah masa tingkatan empat ngan lima. Masa itu tidak ada manusia yang munafik ( ni la akibatnya kalau asyik tengok sinetron indon haha) jadi aman damai lagi senja permai hidup aku. Dan aku juga lebih prefer berkawan di alam maya. Kadang-kadang lebih jujur daripada alam nyata tapi kena lah pandai pilih. Jangan pilih yang gagak hitam tu. Nak-nak lagi kat Tagged. Ni aku nak cakap pasal Tagged. Orang kulit hitam memang banyak kat situ, semua stok-stok nak menipu aku rasa. Lepas tu yang GILA SEKS pun ada. Tapi kat Facebook, Mysapce takde pulak. Pelik jugak kan. Jadi pada mereka yang masih di bawah umur, jangan la join Tagged ni.

Kepada kawan-kawan aku yang selalu keep in touch dengan aku, aku ikhlas kawan dengan korang. Aku harap kita kawan sampai tua gigi tinggal dua hehe. Terima kasih sebab jadi peneman aku ye. Aku suka kawan nang korang lebih-lebih lagi masa kita sama-sama masuk air haha. Pada yang aku panggil BFF, KAU TAHU SIAPA KAU. kau kawan aku yang paling baik, yang sanggup dengar semuanya termasuk makian kemarahan pfftsjnsdjnd bila-bila masa pun, yang selalu gauh panggil aku gila, mereng, anak teling, bengong semua, NO HEART FEELING ok. Ngan kau je aku boleh gura-gurau camtu tanpa terasa hati. Lastly untuk yang pernah sama sekolah dengan aku tapi aku tak keep in touch dengan korang, aku dah tak nak kawan dengan korang. Cipodah la. Move on. Haha kejam kan? peduli apa aku haha

Thursday, June 17, 2010

Chocolate Heaven

Mari kita bercerita tentang cuti ke pulau. Saya telah pergi ke pulau coklat iaitu Langkawi. Hanya dua perkara yang saya suka tentang Langkawi, boleh beli coklat dengan harga lebih murah dan tengok sunset. Yang bestnya hotel saya hanya 100 meter dari Pantai Cenang, yayy!

Perjalanan bermula pada pukul 10 malam. Tapi saya hanya tidur kurang sejam sepanjang perjalanan.

Ini muka sembab berhenti makan Maggi di R&R pukul 3 pagi.

Tengah hari, takde la tengah hari pun. Baru pukul 11 pagi tapi rasa macam dah pukul 2 petang je. Matahari terik tak bagi peluang untuk berjalan-jalan.

Omputeh berjemur dengan jayanya

Kemudian pergi ke bandar Kuah untuk membeli belah coklat sampai berkilo-kilo. Giant size Chupa Chups, gula-gula kegemaran masa kecil pun ada tapi mahal tak beragak.

Dalam ni ada 15 pieces je tapi tengok tu harga dia. Harga 1 hanya RM1 sebenarnya. Mesti pandai bajet semasa membeli hehe

Tak beli, bergambar pun cukuplah haha

Balik hotel dan berjalan di pantai. Yayy! Dah boleh berjalan dengan senang hati sebab dah tak panas terik lagi

Sunset yang romantik =)

Boleh jalan puas-puas tanpa perlu takut kena sunburn

Berjalan di Mali Walk pada waktu malam yang dingin

Esoknya,bangun awal-awal, menggeliat-geliat, mandi-mandi, siap-siap kemudian berjalan-jalan lagi. Pergi ke Permandangan Indah sebab terpedaya dengan nama tapi indah la sangat bila nampai airport dan flight landing. Kemudian ke err.. Porto Malai kot nama tempat ni. Banyak kapal layar.. ini lebih indah daripada di Permandangan Indah.

Panas sangat tapi cantik. Blending in la color dia

Sementara tunggu family merayau-rayau, ayuh kita camwhore dulu di tangga

Pergi ke Laman Padi pada pukul 6 petang. Takde yang menarik kecuali dapat berjalan di petak sawah kali pertama dalam hidup.

Baibai Langkawi.. saya gembira mahu pulang =D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...