Adik-adik, akak-akak, makcik-makcik, abang-abang ( yang nak kawen teww) mari sini. Laju je korang bila cakap pasal kawen haha.
Siapa yang taknak ada simpanan / savings kan tapi bukan semua orang mampu menyimpan dan berjimat dengan baik. Semuanya haruslah bermula dengan niat dan kebolehan menahan nafsu shopping. Yes, tahan nafsu shopping tak kira perempuan ataupun lelaki.
Mulakan menabung duit syiling
Kalau korang tengok dalam purse tu banyak sangat duit syiling, simpanlah dua per tiga daripada syiling tu dalam tabung. Tapi jangan sesekali guna duit ni untuk beli junkfood kat kedai tepi jalan ke, beli gula-gula ke. Guna hanya bila terdesak contohnya bila atm di kolej korang rosak ( merujuk kepada diri sendiri haha ).
Jangan selalu shopping
Tak salah untuk shopping tapi jangan selalu. Setiap bulan maximum hanya aim 2 barang sahaja, jangan lebih. Contohnya bulan ni dah aim nak beli baju kat Padini, lepastu ternampak pulak sale kat Nike. Mulalah tak sonang duduk kan. Kira dulu bajet korang, korang makan dalam sebulan tu berapa, kalau duit masih cukup dan ada baki bolehlah beli. Kalau tak, aim untuk bulan depan. Kalau nak jugak nak buat camne ek? Belilah kalau mampu tapi bulan depan boleh beli 1 barang je.
Delivery? Hello?
Kalau dah nama pun student, memang tak sah kalau tak order delivery kan sampai kadang-kadang runner mcd atau pizaa hut pun dah boleh kenal korang. Tetapkan dalam sebulan, maximum hanya dua kali je boleh makan kat fast food ataupun kedai-kedai yang mahal. Sebab apa? Setiap kali korang makan, paling kurang dah habis dalam RM30. Kalau seminggu sampai 3 kali nak order, dah berapa habis kat situ je.
Topup / bil telefon
Yang ni memang masalah kebanyakan remaja. Eh, yang umur 30 tahun tengah hangat bercinta prom pram prom pram gayut-gayut tu ape? Ok, mereka dah kerja. Duit dah banyak jadi tak membebankan ibu bapa untuk bayarkan bil. Bukan tak boleh gayut tapi cari la alternatif lain untuk mendengar suara yang tersayang. Contohnya, guna Digi prepaid yang menawarkan 20 hours FREE CALL to Digi user. Haa, cepat pergi beli simpack Digi sekarang dan cakap puas-puas. YM, Skype kan ada. Boleh tengok muka lagi teww. Ataupun kalau nak senang, weChat kat fb pun boleh. Jangan topup melebihi RM20 seminggu kalau nak berjimat dan mempunyai simpanan.
Movie
Pantang dapat keluar, mulalah nak tengok movie for the sake of boring walaupun takde pun movie yang korang suka. Kat JB ni tiket movie mahal, semuanya RM14. Kalau kat KL, RM8 pun boleh dapat kan. Tengok movie yang korang rasa betul-betul nak tengok je, bukan sebab untuk hilangkan boring. Nanti kalau duit habis lagi boring kan.
Kalau yang dapat allowance (elaun) tu, takkan masih nak mintak kat parents. Cuba belajar hidup dengan duit sendiri.
Tu je tips yang aku amalkan dan alhamdulillah, ada simpanan untuk masa depan =)
haha...bgus2...kte un tgh nk brjimat skrg :)
ReplyDeleteyup =)
ReplyDeletekalau dah byk duit nanti boleh spend sikit utk shopping dan travel hehe