Saturday, May 21, 2011

REVIEW dan OST Nur Kasih The Movie

Berlaku tanpa dirancang sebab aku bukanlah peminat filem Melayu. Sebab apa? Sebab filem Melayu kebanyakannya stereotype je. Aku relex je tak nanges punnn. haha. Ada makcik kat belakang aku baru suku cerita rolling dah sobsob sobbb dah.

Ok, nak tau best ke tak? Here goes the synopsis =) tapi direct untuk filem jelah sebab aku tak layan langsung pun drama dia haha

Isteri Aidil, Alia lakonan Ayu Raudhah meninggal dunia dilanggar kereta di depan rumah mereka. Kehilangan Alia menyebabkan Aidil dan anak lelakinya, Ilyas begitu merasa kehilangan namun si comel Maryam, lakonan Mia Sara masih tidak memahami apa yang terjadi.

Adam dan Nur Amina bahagia namun begitu mengharapkan zuriat bagi menyemarakkan lagi cinta mereka. Perkhabaran Nur Amina hamil begitu menggembirakan mereka dan turut dikongsi bersama Aidil, Ilyas, dan Maryam.

Awal-awal lagi mereka sudah membuat persiapan menyiapkan bilik tidur buat buah hati mereka yang bakal lahir. Namun langit tidak selalunya cerah. Nur mengalami keguguran dan Adam mula mempersoalkan takdir.

Adam dan Nur pergi ke Jordan bagi mengubat kedukaaan dan mendekatkan diri padaNya. Mereka mula menerima ketentuan takdir. Mereka terlibat dalam kemalangan keretapi dan cincin perkahwinan mereka hilang.

Adam pergi semula ke tempat kejadian untuk mencari cincin tersebut kerana baginya, ia amat berharga tetapi kereta yang dipandunya terbabas kerana ribut pasir melanda. Nur meminta bantuan Aidil untuk mencari Adam. Adam amat lemah semasa mereka menjumpainya di rumah penduduk setempat.

Mereka membawa Adam ke hospital. Di sini konflik baru melanda mereka. Doktor mengesahkan sesuatu telah menembusi badan Adam semasa kemalangan dan berada berhampiran jantung. Nur yang sedang hamil ketika itu bungkam mendengar perkhabaran Adam mungkin tidak dapat hidup dengan lebih lama.

Semakin hari keadaan Adam semakin lemah. Nur yang sarat mengandung cuba mencari pekerjaan bagi menampung kos perubatan Adam. Adam seringkali menyerah tapi tidak bagi Nur. Selagi Adam masih hidup dan berada di depan matanya, selagi itu dia akan berusaha.

Adam menghabiskan masa menulis kisah cintanya dengan Nur Amina kerana mahu anaknya yang bakal lahir itu mengetahui cinta agung mereka. Adam merasakan dia tidak sempat melihat wajah anaknya.

Adam dibawa ke hospital kerana keadaannya sudah terlalu nazak... Berjayakan Adam diselamatkan? Apakah kesudahan cintanya dengan Nur Amina? Haa.. tengok sendiri ok. It's worth your money.

Ni OST Nur Kasih the Movie : Sabhi Saddi & Helena - Tanpamu

Tadi aku makan Meatballs Spaghetti kat Secret Recipe. Kenyang terlebih sudah. Chicken meatballs dia sedap tapi kalau nak compare kuah, kuah kat Pizza Hut is better.

Esok team roadshow Nur Kasih the Movie datang JB!
3p.m. kat Plaza Angsana dan 8p.m. kat Cathay Cineleisure City Square
Peminat Tiz Zaqyah, Remy Ishak dan Fizz Fairuz bolehlah datang

Have a blast weekend guys!

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...